Politik | PBM sedia berunding jadi komponen BN

2022-09-21 0

Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia untuk berunding dengan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung permohonan untuk parti itu menjadi sebahagian daripada komponen gabungan.

Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad berkata pihaknya memahami selaku gabungan parti paling lama di Malaysia, BN perlu menimbang pelbagai perkara sebelum membuat keputusan.